Perihal Portal Komuniti Pencala.com
Published by Kang on 2008/10/7 (4500 reads)
Portal komuniti ini dibangunkan dengan satu tujuan iaitu untuk membina komuniti dan jaringan sesama warga Sungai Pencala. Begitu juga jaringan sosial dan bisnes warga Sungai Pencala dengan warga luar Sungai Pencala.
Ditegaskan, Portal Komuniti Pencala.com tidak ada sebarang kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau persatuan yang ada di Sungai Pencala. Sama ada pertubuhan yang berdaftar atau sebaliknya; sama ada yang diiktiraf atau sebaliknya. Sama ada yang 'gipang' atau sebaliknya.
Portal komuniti ini juga bukan milik individu sebaliknya adalah milik bersama warga Sungai Pencala.
Di sinilah, warga Sungai Pencala akan berinteraksi, berforum, menyampaikan pengumuman dan berita, bertemu dan menjalin persaudaraan.
Kampung Sungai Pencala dikatakan sebagai satu-satunya kampung tradisi (atau sudah tidak tradisi lagi) di Bandaraya Kuala Lumpur. Imej kampung makin terhakis, cuma yang masih agak menebal ialah sikap kampung. Bagaimanapun, melalui masa, sikap kampung tersebut semakin terhakis dengan generasi baru makin menyerlah dari berbagai sudut positif dan negatif.
Kampung Sungai Penchala dikeliling oleh bandar-bandar besar yang sedikit sebanyak mempengaruhi dan menghakis tradisi "kampung". Sungai Penchala dikelilingi oleh Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Utama, Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Seri Damansara, Kepong.
Dikatakan suatu masa dulu, istilah "Orang luar" selalu kedengaran. Ia merujuk kepada penduduk asal kampung ini yang berbangga seolah-olah mereka penduduk asal kampung ini, seolah-olah kampung ini milik mereka. Namun, melalui masa, istilah "orang luar" tersebut sudah lupus kerana kini yang dikatakan "orang tempatan" hanya lingkungan 1% hingga 5% sahaja yang tinggal. Selebihnya adalah "orang luar" yang membeli tanah dan membina penempatan di kampung ini. Sebahagian lagi tanah di Sungai Pencala ini dimiliki oleh Sprint (Pencala Link). Dan sebahagian lagi dikuasai oleh pendatang Indonesia (dengan izin dan tanpa izin).
Bahkan, sejak 10 tahun terakhir ini, "orang luar" tersebut yang membina banglo, mansion, bisnes di Sungai Pencala ini. Jadi, sekarang ini, tidak ada kononnya "Sungai Pencala kami yang punya." Sungai Pencala adalah milik umum. Sama seperti Portal Komuniti Pencala.com ini. Ia juga milik umum.

|
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
|
||||||||||