Assalamualaikum WBT. Selamat Datang ke Portal Komuniti Pencala.com :: Di Sini Kita Bertemu. Kedatangan Anda Dialu-alukan.

 
 

Login

Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
 
 

Menu

 
 

Who's Online

6 user(s) are online (4 user(s) are browsing News)

Members: 0
Guests: 6

more...
 
 

New Members

docrosma 2010/8/26
abukhalifakhyar 2010/8/25
mouri 2010/8/11
datinziela 2010/8/7
safar 2010/6/16
liza6260 2010/1/6
falcon9 2009/12/24
aby80 2009/12/10
zedoc83 2009/11/30
kankgel 2009/11/27
 
 

Waiting Contents

 

BERITA : Sekitar EARTH HOUR di Sungai Pencala

Posted by Kang on 2009/3/29 12:30:00 (4495 reads)
BERITA

Nampaknya sebahagian warga Sungai Pencala tidak mahu ketinggalan dalam menjayakan Earth Hour pada 28hb Mac 2009, pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam. Ia dijayakan di seluruh dunia. Sungai Pencala yang tertera di peta dunia pun turut sama menjayakannya.

Earth Hour bertujuan, bukan sekadar suka-suka sahaja. Tujuannya adalah untuk mengurangkan suhu bumi ini yang sentiasa meningkat. Jikalau diperhatikan sekarang ini, iklim dan cuaca bumi memang pelik sekali. Tiba-tiba hujan, sejuk. Ada masa panas terik membakar, secara tiba-tiba. Menutup lampu selama sejam setahun sekali itu dikatakan mampu mengurangkan sedikit haba bumi ini.

Walau di negara mana sekalipun, masa dan tarikhnya tetap sama iaitu pada 28hb Mac, pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam. Negara kita jatuh pada hari Sabtu, malam Ahad.

Earth Hour dimulakan atas kesedaran dan prihatin. Bermula di Sydney (kenapa bukan Malaysia) pada tahun 2007 dengan 2.2 juta rumah dan premis perniagaan menutup lampu selama sejam. Satu permulaan yang amat memberangsangkan. Tahun berikutnya, 2008, jumlahnya meningkat menjadi 50 juta. Pada tahun 2009 pula dijangka jumlahnya meningkat menjadi 1 bilion.

Berikut ialah sekitar pelaksanaan EARTH HOUR di Sungai Pencala:


Pusat Bandar Bandaraya Sungai Pencala. Tidak ada satu premis perniagaan yang menutup lampu. Mungkin tidak tahu atau tak mahu tahu.



Kedai Kojek turut melaksanakan. Candlelit Dinner, setahun sekali.



Rasta pun turut menggelapkan suasana. Padam lampu.



Rumah Hanty Zain pun bergelap



Sambal Hijau bermandi cahaya. Mungkin tidak tahu atau tak mahu tahu. Mungkin tidak prihatin.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Poster Thread
ajam
Posted: 2009/3/30 16:27  Updated: 2009/3/30 16:27
Ahli 3 Bintang
Joined: 2008/10/8
From: Sg.Pencala, Sg.Buloh & Sg.Pelek
Posts: 96
 Re: Sekitar EARTH HOUR di Sungai Pencala
Earth Hour bukan sahaja dapat mengurangkan suhu dunia tapi sebenarnya untuk menimbulkan kesedaran kepada manusia yang dunia kita sekarang mengalami pemanasan suhu global.

Kenapa bermula di Sydney yer Kang?
Sebabnya mungkin hutannya selalu terbakar beratus-ratus hektar. Hehehe...

Kalau sekarang pun kita dah merasa kesannya, apatah lagi pula keadaannya kepada generasi akan datang?
Ibarat cacing mati kepanasan, anak kambing mati kesejukkan...

Poster Thread
Kang
Posted: 2009/4/1 22:55  Updated: 2009/4/1 22:55
Webmaster
Joined: 2008/9/25
From: Sungai Pencala
Posts: 101
 Re: Sekitar EARTH HOUR di Sungai Pencala
Karam Singh Ajam... Hehehe...

Poster Thread
zainzubir
Posted: 2009/6/1 6:57  Updated: 2009/6/1 6:57
Ahli 2 Bintang
Joined: 2008/10/10
From:
Posts: 57
 Re: Sekitar EARTH HOUR di Sungai Pencala
wooohoo..rumah hanty zain pun masuk news eik...dah lama tak masuk portal ni...sibuk dgn unit baru dipejabat...InsyaAllah tak lama lagi ada byk masa utk terus kita meriahkan portal pencala ini..