Assalamualaikum WBT. Selamat Datang ke Portal Komuniti Pencala.com :: Di Sini Kita Bertemu. Kedatangan Anda Dialu-alukan.

 
 

Login

Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
 
 

Menu

 
 

Who's Online

10 user(s) are online (4 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 10

more...
 
 

New Members

docrosma 2010/8/26
abukhalifakhyar 2010/8/25
mouri 2010/8/11
datinziela 2010/8/7
safar 2010/6/16
liza6260 2010/1/6
falcon9 2009/12/24
aby80 2009/12/10
zedoc83 2009/11/30
kankgel 2009/11/27
 
 

Waiting Contents

 
Portal Komuniti Pencala.com Forum Index
   Bincang Islam
     AMALAN YANG TERBALIK
Register To Post

Threaded | Newest First Previous Topic | Next Topic | Bottom
Poster Thread
jantanlama
Posted on: 2009/7/12 21:14
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
AMALAN YANG TERBALIK
Salaam,

Nabi kita dulu apabila beliau menerima wahyu, beliau terus sebarkan kepada manusia; itulah keadaan guru mencari murid-murid. Kenapa pula ulamak-ulamak, yg kononnya mereka warisan anbia, tak buat macam Nabi? Sekarang murid-murid kena cari guru.

Penyanyi R. Azmi dulu pernah menyanyikan lagu yg berbunyi "dunia sekarang sudahlah terbalik".

jantanlama
Posted on: 2009/7/16 13:48
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: AMALAN YANG TERBALIK
....sambung.

Salaam,

Sekiranya Nabi kita dulu ikut perangai ulamak-ulamak kita sekarang, mungkin islam tidak akan sampai kepada kita. Apa logiknya yg membuatkan ulamak kita mengaku yg merekalah warisan anbiya?

Kalau nak betul-betul jadi warisan anbiya, maka ulamak kita wajib jadi proaktif dan sentiasa mencari "murid-murid" untuk diberi peringatan dan pelajaran. Perhatikan apa yg dibuat olih mubaligh-mubaligh kristian.

Pernah suatu ketika dulu seorang mufti menyatakan bahawa 250,000 umat islam telah murtad. Ini salah siapa? Salah muftilah sebagai kepala penasihat islam kepada Sultan. Dia dan kuncu-kuncunya tak buat kerja, orang lain pula nak disalahkan. Membuka pekong di dada.



jantanlama
Posted on: 2009/7/29 11:16
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: AMALAN YANG TERBALIK
....sambung.

Salaam,

Setiap kali kita masuk masjid kita akan lihat orang islam sembahyang, membaca al quran, bersembang ataupun tidor. Semuanya ini tidaklah salah. Tapi disetiap masjid akan terpampang ayat ini "Sahaja aku BERIKTIKAF di dalam masjid ini kerana Allah Ta'ala".

Adakah orang yg beriktikaf?

jantanlama
Posted on: 2009/8/2 11:43
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: AMALAN YANG TERBALIK
....sambung.

Salaam,

Memang banyak amalan-amalan kita yg terbalik, contohnya:

1. Allah kata Al Quran itu mudah utuk pelajaran -- kita kata susah.

2. Allah kata Al Quran itu terpeinci -- kita kata tidak cukup.

3. Allah kata jangan ragu-ragu tentang Al Quran -- kita ragu-ragu.

4. Allah ajar bagaimana nak ambil wuduk -- kita tokok tambah kerana tak cukup.

5. Allah tak perintah orang yg murtad dibunuh -- kita bunuh.

6. Allah tak wujudkan hukum rejam -- kita adakan.

7. Allah tak suruh cari kesalahan orang lain -- kita cari.

8. Allah suruh kita bersatu -- kita berpecahbelah.

9. Dua kalimah syahadah tidak ada di dalam Al Quran -- kita adakan.

10. Allah ajar bila nak mula dan berbuka puasa -- kita tak ikut.

11. Allah ajar cara memberi salam -- kita tambah.

12. Allah tetapkan hukum kisas -- kita tak ikut.

13. Allah larang orang islam bunuh membunuh sesama sendiri -- kita buat.

14. Allah suruh berlaku adil tanpa alasan -- kita tak buat.

15. Allah cabar kita buat Al Quran -- kita tak mampu, tapi mampu pula tokok tambah.

Banyak sangat perintah Allah yg kita langgar; macam mana Allah nak tolong kita kerana sebenarnya kita tidak percaya.
jantanlama
Posted on: 2009/11/1 12:50
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: AMALAN YANG TERBALIK
Salam,

Pernah kita diberi tahu bahawa sesiapa yang di akhir kalam mengucap dua kalimah syahadah akan masuk syurga. Sila lihat pula apa yang Allah firmankan di bawah ini.

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepadanya (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang" Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (QS. 4:18)

Maka apakah mereka tidak memperhatikan (mempelajari secara teliti) Al-Qur'an ataukah hati mereka telah terkunci? (QS. 47:24)
jantanlama
Posted on: 2009/12/3 20:16
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: AMALAN YANG TERBALIK
Salam kepada semua,

Kita baru saja meraikan Hari Raya Korban. Banyak ceramah telah disampaikan berkenaan peristiwa korban ini yang amat besar maknanya kepada umat islam. Persoalannya, adakah benar Allah yang memerintah Nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya Ismail? Cuba perhatikan ayat-ayatnya:

[37:102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu; maka apakah pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati aku dari golongan orang-orang yang sabar".

[37:103] Setelah keduanya berserah diri kepada Allah, dan satelah anaknya dibaringkan,

[37:104] Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

[37:105] "ENGKAU TELAH MEMBENARKAN MIMPIMU ITU". Demikianlah Kami membalas orang-orang yang mengerjakan kebaikan.

[37:106] Sesungguhnya peristiwa ini adalah satu ujian yang nyata;

[37:107] Dan Kami TEBUS anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

***** Nabi Ibrahim sendiri yang menyangka bahawa mimpinya itu adalah dari Allah sebab itu Allah mengatakan "Ibrahim! Engkau telah membenarkan mimpimu itu." Allah Yg bersifat Kasih Sayang tidak akan memerintah nabi kesayangannya supaya melakukan perbuatan yang keji seperti menyembelih anaknya. Sebab itulah apabila Nabi Ibrahim hendak sembelih anaknya Allah TEBUS anak itu dengan sembelihan yang lain.

***** Sebaliknya, iblislah yang memberi mimpi itu kepada Nabi Ibrahim kerana dia pasti Nabi Ibrahim tidak akan sanggup melakukannya. Lalu Allah izinkan. Terbukti sangkaan Iblis meleset kerana Nabi Ibrahim sanggup melakukan apa saja demi mematuhi perintah Allah walaupun anak kesayangannya terpaksa dikorbankan; begitu juga Nabi Ismail, beliau sanggup dikorbankan demi Allah. Untuk tidak memudaratkan Nabi Ibrahim, Allah tebus Nabi Ismail dengan pengorbanan yang lain. Memang itu adalah suatu ujian yang amat besar. Demikianlah Allah membalas kepada hamba-hambaNya yang membuat kebaikan.

Wallahu'alam.

Threaded | Newest First Previous Topic | Next Topic |

Register To Post