Portal Komuniti Pencala.com Forum Index Mencari Penyelesaian
Kesan Penchala Link | Register To Post |
| Threaded | Newest First | Previous Topic | Next Topic | Bottom |
| Poster | Thread |
|---|---|
| ajam | Posted on: 2008/10/15 17:07 |
Ahli 3 Bintang ![]() ![]() Joined: 2008/10/8 From: Sg.Pencala, Sg.Buloh & Sg.Pelek Posts: 96 |
Kesan Penchala Link
Apakah kesan-kesan atau impak(tak kira maksimum atau minimum) yang timbul kepada Kg.Sg.Penchala selepas terbinanya Penchala Link?
|
| Kang | Posted on: 2008/10/17 22:56 |
Webmaster ![]() ![]() Joined: 2008/9/25 From: Sungai Pencala Posts: 101 |
Re: Kesan Penchala Link
Satu topik intelek yang sangat menarik.
Apa impak Penchala Link? Sebagaimana biasa, di mana-mana sahaja, impak terbahagi dua: positif dan negatif. Kita perhatikan kedua-duanya. 1. Semasa masih berura-ura membina Penchala Link dahulu, seingat saya, lingkungan 1999, terdengar suara bagus, "Kenapa tak buat merentasi Taman Tun, mengapa mesti merentasi Sungai Penchala?" Menarik untuk diperhatikan? 2. Kita bising sangat dengan ketuanan Melayu dan hak Melayu. Kini, di depan mata, terhakislah hak Melayu. Ingat, tanah Sungai Penchala adalah "Rizab Melayu." Impak negatif atau positif? Bukan Melayu tidak boleh memiliki tanah di Sungai Penchala, tetapi GAMUDA, syarikat Berhad telah pun memiliki tanah Sungai Penchala dengan terbinanya Penchala Link tersebut. 3. Saya berkata dengan perlahan, "Habis tanah dan hak Melayu di Sungai Penchala" Tahu apa disahut oleh orang yang mendapat pampasan? "Yang empunya tanah tak sibuk, kamu pulak sibuk..." Memang tak sibuk sebab poket dah penuh duit. Yang sibuk nanti, suatu hari kelak, generasi yang mendiami Sungai Penchala -- anak cucu yang menerima pampasan itu, dan yang tidak menerima pampasan. Impak positif atau negatif ini? 4. Maka, keheningan malam sudah tiada lagi, terutama malam minggu apabila kedengaran kereta berlumba di atas flyover atau mat rempit berlumba. Impak negatrif atau positif? 5. Kisah cendawan kembali cendawan pun kedengaran sama. Khabarnya ada yang memperoleh juta-juta ringgit hasil pampasan. Yang tak terkejut pandai memanfaatkan wang tersebut. Yang terkena kejutan budaya, "joli katak" dari cendawan kembali cendawan. Patutnya dari cendawan menjadi jutawan. Negatif atau positif? 6. Nama Sungai Pencala makin dikenali. Inilah peluang untuk "rebranding" apabila selama ini branding yang tercipta, "Pencala-Arqam-Pencala". Ini positif, kan. 7. Warga Sungai Pencala tidak mendapat apa-apa peluang perniagaan atau pekerjaan hasil terbinanya Pencala Link. Mungkin, hanya mungkin satu-satunya insan yang berpeluang menambah jualan air minuman ialah Memet, semasa membina terowong tersebut. 8. Pada pendapat saya, yang mendapat faedah dari pembinaan Penchala Link adalah mereka yang mendapat pampasan apabila tanah mereka diambil GAMUDA Berhad.
|
| zainzubir | Posted on: 2008/10/23 14:01 |
Ahli 2 Bintang ![]() ![]() Joined: 2008/10/10 From: Posts: 57 |
Re: Kesan Penchala Link
Quote:
7. Warga Sungai Pencala tidak mendapat apa-apa peluang perniagaan atau pekerjaan hasil terbinanya Pencala Link. Mungkin, hanya mungkin satu-satunya insan yang berpeluang menambah jualan air minuman ialah Memet, semasa membina terowong tersebut. Memet ni adik ipar auntie...sedih juga bila dimaklumkan beliau tidak dapat meneruskan perniagaan di luar pagar jalan utama ke Sg Penchala, setelah pembinaan selesai.. semua gara2 "ada yang tidak senang melihat orang lain senang"...begitulah nasib, dah lah cacat anggota, nak berniaga pun ada yang tidak senang hati, lainlah jika yang berniaga tersebut ada punca mencari rezeki yang lain...atau anggota tidak se cacat Memet...wallahualam. 3."Yang empunya tanah tak sibuk, kamu pulak sibuk..." Memang tak sibuk sebab poket dah penuh duit. Impak positif atau negatif ini? Begitulah segelintir orang kita..kesan positif atau negatif, hanya masa akan menentukan... 4. Maka, keheningan malam sudah tiada lagi, terutama malam minggu apabila kedengaran kereta berlumba di atas flyover atau mat rempit berlumba. Impak negatrif atau positif? Dulu sebelum terbina jalan yang luas pun ada yang merempit malam2 buta dijalan utama sg penchala, kali ini bukan sahaja di jalan utama depan rumah, malahan flyover yang melintasi belakang rumah juga buat suasana malam sering terganggu.
|
| ciwan | Posted on: 2008/10/26 9:19 |
Ahli 2 Bintang ![]() ![]() Joined: 2008/10/17 From: tepi pechala link!! Posts: 63 |
Re: Kesan Penchala Link
wahh penchala link menjadi litar! kepada pelumba2 yang tak di iktiraf berlumba!! pada malam minggu pulak pelbagai aksi drift secara langsung dapat di lihat kat pencahala link nie!!
mcm kat trek pulak rasanya!!apa lagi jom turun ambik gmbr!! bukan senang nk tgk drift beraksi kat penchala link hahaha!! tapi mereka2 itu telah membuat bising!!tak bertimbang rasa kat penghuni2 yg berhampiran!!
|
| ajam | Posted on: 2008/10/28 9:59 |
Ahli 3 Bintang ![]() ![]() Joined: 2008/10/8 From: Sg.Pencala, Sg.Buloh & Sg.Pelek Posts: 96 |
Re: Kesan Penchala Link
TQ kpd semua yang beri respond tentang tajuk ni.
Hairan..orang macam Memet nak niaga air pun ada orang tak senang tengok. Pelikkk..pelik... Memang tak lena tido dibuatnya sejak ada Pencala Link...kejap bunyi siren..kejap bunyi ekzos besar..kejap bunyi ekzos buloh.... Cukup memecah keheningan malam...
|
| ciwan | Posted on: 2008/10/29 15:24 |
Ahli 2 Bintang ![]() ![]() Joined: 2008/10/17 From: tepi pechala link!! Posts: 63 |
Re: Kesan Penchala Link
ekzos buloh....
tu yg unik skit tu!!
|
| ilham | Posted on: 2009/6/5 20:28 |
Ahli Baru ![]() ![]() Joined: 2009/4/28 From: Posts: 7 |
Re: Kesan Penchala Link
senang nak gi tesco...
|
| zainzubir | Posted on: 2009/10/17 1:28 |
Ahli 2 Bintang ![]() ![]() Joined: 2008/10/10 From: Posts: 57 |
Re: Kesan Penchala Link
haha...setuju dgn Ilham..senang nak ke tesco,the curve dan sekawasan...penduduk dari area lain jika nak ke area sana macam "gah" jer..sanggup menempuhi kesesakan..kita kat penchala ni relax jer..macam takder benda jer kesana...macam nak pergi motong getah zaman dulu2 jer...(sesekali nak eksen gak..hahahha)
|
| Kang | Posted on: 2009/10/25 13:23 |
Webmaster ![]() ![]() Joined: 2008/9/25 From: Sungai Pencala Posts: 101 |
Re: Kesan Penchala Link
Pi motong getah.... hahahaha.
Sebut pasal kebun dan pokok getah, kebun getah terakhir di Sungai Pencala sudah tinggal kenangan. Lokasinya: hujung kampung kita yang bersempadan dengan Segambut, selepas Taman atau projek Arshad Ayub (ada macam wakaf di atas pokok). Dulu (refer 10 tahun dulu) di situ, ada kebun getah, ada orang motong getah, nampak susu getah mengalir masuk ke dalam cawan getah. Hanty, sebelum lenyap terus dan sesal tak sudah, Hanty kena keliling kampung kita ini bawa 'senapang' dan 'tembak' pokok getah. Bimbang nanti hanya tinggal nama sahaja dan tak sempat diabadikan dalam bentuk gambar.
|
| Threaded | Newest First | Previous Topic | Next Topic | |
| Register To Post | |








