Assalamualaikum WBT. Selamat Datang ke Portal Komuniti Pencala.com :: Di Sini Kita Bertemu. Kedatangan Anda Dialu-alukan.

 
 

Login

Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
 
 

Menu

 
 

Who's Online

6 user(s) are online (3 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 6

more...
 
 

New Members

docrosma 2010/8/26
abukhalifakhyar 2010/8/25
mouri 2010/8/11
datinziela 2010/8/7
safar 2010/6/16
liza6260 2010/1/6
falcon9 2009/12/24
aby80 2009/12/10
zedoc83 2009/11/30
kankgel 2009/11/27
 
 

Waiting Contents

 
Portal Komuniti Pencala.com Forum Index
   Bincang Islam
     GOLONGAN-GOLONGAN
Register To Post

Threaded | Newest First Previous Topic | Next Topic | Bottom
Poster Thread
jantanlama
Posted on: 2009/6/8 11:54
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
GOLONGAN-GOLONGAN
Salaam,

Ada hadis yg bermaksud, "....umatku akan berpecah-belah kepada 73 golongan dan semuanya sesat kecuali 1 saja ....." Hadis ini ada benarnya sekiranya kita fikirkan keadaan orang islam yg berlaku sekarang ini. Tanpa hadis ini pun Allah sudah memberi amaran kepada umat islam supaya jangan sekali-kali berpecah-belah. Sudah tentunya Allah mengetahui yg suatu ketika nanti umat islam akan berpecah-belah; justeru itu amaran ini dikeluarkan. Perpecahan ini adalah suatu kebenaran yg tak dapat lagi dinafikan adanya.

1 saja diantara 73 golongan ini yg betul. Keadaan ini amat kritikal sekali kerana peluang kita membuat kesilapan amat besar. Orang yg bermain "roulette" pun lebih kecil peluang kesilapannya ia itu 1 dalam 36; namun kebanyakan mereka kalah di dalam permainan "roulette". Bayangkan peluang kita 2 kali ganda lebih kecil daripada pemain "roulette"; teramat tipis sekali. Namun kita tidak ambil berat akan perkara ini kerana tak sedar dan sudah selesa.

Setiap golongan yakin bahwa dialah yg betul. Kerana hanya satu saja yg betul, jadi yg mana satu benar-benar betul?

Sunni kata dia betul ... Syiah kata dia betul .... Wahabi kata dia betul ... Ismailiah kata dia betul ... Naksyabandi kata dia betul ... Ahmadiah kata dia betul ..... Arkam kata dia betul ... dll lagi.

Eh!!! yg mana satu yg betul???
jantanlama
Posted on: 2009/6/8 17:06
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: GOLONGAN-GOLONGAN
....sambung.

Salaam,

Di dalam 73 golongan ini masing-masing meyakini sungguh-sungguh bahawa dialah yg benar. Kerana 1 saja yg benar maka 72 adalah salah. Jadi yg 72 golongan inilah yg diceritakan olih Allah di dalam Surah Al Anaam Ayat 22 - 24 yg bermaksud:

[22] Dan (ingatlah), hari yang diwaktu itu Kami menghimpun mereka semuanya kemudian Kami berkata kepada orang-orang musyrik: "Di manakah sembahan-sembahan kamu yang dahulu kamu katakan (sekutu sekutu Kami)?"

[23] Kemudian tiadalah fitnah mereka, kecuali mengatakan: "Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah".

[24] Lihatlah, bagaimana mereka telah berdusta terhadap diri mereka sendiri dan hilanglah daripada mereka sembahan sembahan yang dahulu mereka ada-adakan.

Apa taknya mereka semuanya sungguh yakin yg mereka adalah benar, kenapa pula mereka dikatakan syirik? Tapi pada hakikatnya bila Allah kata kita syirik, maka syiriklah kita. Jadi mereka ini tidak sedar yg mereka syirik sebab itulah mereka tidak mengaku. Ini bermakna bahawa syirik mereka ini begitu terselindung lalu mereka tidak tahu keadaan sebenarnya.

Di dalam golongan manakah kita sekarang? Yakinkah kita? Bagaimana nak pastikan? Ini masalah besar kerana semua golongan mengatakan dia benar.

Kang
Posted on: 2009/6/9 10:08
Webmaster
Joined: 2008/9/25
From: Sungai Pencala
Posts: 101
Re: GOLONGAN-GOLONGAN
Jantanlama,
Terima kasih atas artikel ini semua.
Namun sebaik-baiknya, lebih elok jikalau ditempatkan di tempat yang sesuai. Maksudnya ialah di ruangan ARTIKEL.

Klik Hantar Berita/Artikel untuk menghantar artikel seperti ini.

Forum adalah untuk diskusi sahaja.

Terima kasih sebanyak-banyaknya!


----------------
Ia belum berakhir selagi belum berakhir

jantanlama
Posted on: 2009/6/9 18:23
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: GOLONGAN-GOLONGAN
Salaam Kang,

Berbanyak-banyak maaf. Saya paparkan di dalam Forum Islam supaya dapat di diskusi bersama tentang perkara yg diutarakan. Tapi nampaknya tak ada respon, jadi mahu tak mahu saya teruskan saja demi untuk menyampaikan, beransur-ansur, apa yg saya fikirkan benar. Mudah-mudahan apa yg saya utarakan akan mejadi tunas yg membawa umat islam kembali kepada "memahami dan memikirkan tentang isi Al Quran".

jantanlama
Posted on: 2009/6/9 19:00
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: GOLONGAN-GOLONGAN
...sambung.

Salaam,

Ada orang islam yg berpendapat bahawa yg selamat itu adalah golongan orang-orang yg mengenal Allah melalui proses mengenal diri. Selintas pandang nampaknya seperti benar. Tapi bila diolah kembali ada juga kelemahannya.

Ada contoh-contoh yg Allah paparkan untuk kita di dalam Al Quran.

1. Iblis amat kenal dengan Allah sehingga bolih berbicara secara langsung. Tapi dia jatuh kafir juga kerana engkar. Sudahlah engkar tak mahu mohon ampun pula.

2. Nabi Adam yg diperintah Allah supaya maklaikat sujud padanya, diajar olih Allah akan sekelian nama yg maklaikat pun tak tahu, dianugerahi seorang teman hidup dan dimasukan kedalam syurga pun tergelincir juga.

***Masalah mereka adalah sama ia itu engkar akan perintah Allah yg terang dan mudah.

3. Nabi Musa nak kenal lebih dekat. Ia bermohon nak lihat Allah tapi tak mampu sampai pengsan.

4. Umat Nabi Musa pun nak lihat Allah juga lalu disambar petir sampai pengsan.

***Masalah mereka ini pula nak melampaui batas.

Fikirkanlah.



jantanlama
Posted on: 2009/6/10 8:51
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: GOLONGAN-GOLONGAN
....sambung.

Salaam,

Ramai umat islam tahu bahawa wasiat terakhir, tersohor, terbesar dan terakhir yg diberikan olih Nabi kita untuk seluruh umat islam berlaku pada ketika Haji Widak atau haji perpisahan. Peristiwa besar ini kononnya dihadiri olih 124,000 umat islam. Malangnya, diantara wasiat-wasiat baginda, wasiat warisan mengandungi 3 nasihat yg berlainan di dalam perkara yg sama. Ianya, secara ringkas, adalah:

1. Aku tinggalkan untuk kamu 2 perkara ia itu Al Quran dan Sunnah/Hadis ku ..... ----- Ajaran Sunni.

2. Aku tinggalka untuk kamu 2 perkara ia itu Al Quran dan Ahlul Bait ..... ---- Ajaran Syiah.

3. Aku tinggalkan untuk kamu 1 perkara ia itu Al Quran ... ----- Ajaran Al Rahman.

Sungguh pelik, mustahil Nabi berbuat demikian.

Ini adalah suatu strategi yg bijak untuk memecahbelahkan umat islam. Kesannya sudah pun kita alami sekarang; perhatikan apa yg sedang berlaku di Pakistan.

Pada awalnya kita berhadapan dengan memilih 1 di dalam 73. Sekarang kita hanya plih 1 dalam 3.

Tafakukanlah. Salah pilih ke neraka. Betul pilih ke syurga.

Allah jua yg mengatur segala-galanya. Hanya Dia yg memberi petunjuk.


jantanlama
Posted on: 2009/6/13 16:17
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: GOLONGAN-GOLONGAN
....sambung.

Salaam,

Janganlah jadi seperti orang yg dimaksudkan di dalam Surah Al Baqarah Ayat 6 - 7. yg bermaksud:

[6] Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak percaya), sama sahaja bagi mereka: sama ada engkau beri peringatan kepada mereka atau engkau tidak beri peringatan, mereka tidak akan beriman (percaya).

[7] Allah mematerikan hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutup; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
.
Allah sudah beri amaran kepada kita, sekiranya kita tidak percaya akan Al Quran-Nya maka ke nerakalah kita.

Fikirkanlah.


jantanlama
Posted on: 2009/6/18 20:00
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: GOLONGAN-GOLONGAN
...sambung.

Salaam,

Untuk membantu diturunkan ayat-ayat berikut:

Surah Al Jaatsyiah:

[2] Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[3] Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

[4] Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.

[5] Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

[6] Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan HADIS yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?

[7] Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa,

[8] Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[9] Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.

[10] Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar.

[11] Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat-ayat Allah di atas sudah cukup terang benderang untuk membantu kita membuat keputusan. Amat kerdil rasanya saya nak menjelaskannya lagi.

"Segala puji adalah untuk Allah Pemelihara sekelian alam".







jantanlama
Posted on: 2009/12/29 9:29
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: GOLONGAN-GOLONGAN
....samb

Salam,

Kalau betullah hadis "73" di atas, maka umat islamlah umat yang paling tidak kesah akan untung nasibnya. Contohnya, sekiranya kita mempunyai RM 100,000 untuk sekali main di dalam perjudian roulette, sudah tentu kita akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan tekaan kita itu tepat kerana peluang untuk menang amat tipis sekali, ia itu, 1 di dalam 36. Logiknya, tak usahlah main, simpan sajalah duit itu.

Tapi di dalam perkara ugamanya, umat islam yang mempunyai ketepatan yang jauh lebih tipis daripada permainan roulette, ia itu, 1 di dalam 73, mereka tidak banyak beri pertimbangan pun. ("Cukuplah untuk kami mengikuti apa yg dilakukan olih nenek moyang kami".)

Fikirkanlah.

Threaded | Newest First Previous Topic | Next Topic |

Register To Post