Assalamualaikum WBT. Selamat Datang ke Portal Komuniti Pencala.com :: Di Sini Kita Bertemu. Kedatangan Anda Dialu-alukan.

 
 

Login

Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
 
 

Menu

 
 

Who's Online

6 user(s) are online (3 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 6

more...
 
 

New Members

docrosma 2010/8/26
abukhalifakhyar 2010/8/25
mouri 2010/8/11
datinziela 2010/8/7
safar 2010/6/16
liza6260 2010/1/6
falcon9 2009/12/24
aby80 2009/12/10
zedoc83 2009/11/30
kankgel 2009/11/27
 
 

Waiting Contents

 
Portal Komuniti Pencala.com Forum Index
   Bincang Islam
     TUHAN KAMI DAN TUHAN KAMU ADALAH SATU
Register To Post

Threaded | Newest First Previous Topic | Next Topic | Bottom
Poster Thread
jantanlama
Posted on: 2009/5/28 10:55
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
TUHAN KAMI DAN TUHAN KAMU ADALAH SATU
Salaam,

Perhatikan Surah Al Ankabuut Ayat 46 yg bermaksud:

[46] Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."

Pertamanya, Allah suruh kita berbicara dengan mereka dengan cara yg lebih baik, kerana kita "umat yg terbaik yg pernah dilahirkan olih manusia". Budi bahasa dan akhlak kita adalah lebih tinggi daripada mereka, maka perlulah kita tunjukkan kepada mereka; kalau tidak cakap tak serupa bikin. .

Keduanya, Allah perintahkan kita berkata kepada mereka, "Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu". Jadi kalau mereka nak panggil Tuhan mereka Allah, apa salahnya? Allah marah mereka kerana mereka mangatakan Allah ada anak. Kalau Tuhan mereka lain daripada Allah, sudah tentu Allah tidak akan marah. Kalau Tuhan mereka lain daripada Allah, siapa pula yg menurunkan Injil? Kalau Injil diturunkan olih selain Allah kenapa kita nak percaya kepada Injil?

Kenapa sibuk sangat tentang nama, tapi tak kisah arahan-arahan yg empunya nama? Tak ada Allah berfirman, "Barangsiapa yg tak percaya nama Ku ....". Tapi Allah sering berkata, "Barangsiapa yg engkar/kufur/tak percaya ayat-ayat Ku ....." Sila lihat ayat 47:

[47] Dan demikianlah Kami turunkan pula kepadamu (Muhammad) Al-Quran ini. Maka orang-orang yang Kami berikan Kitab (Taurat dan Injil) ada yang beriman kepada Al-Quran, dan juga sebahagian dari orang-orang (Makkah) beriman kepadanya; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang berdegil dalam kekufurannya.


jantanlama
Posted on: 2009/5/29 16:54
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: TUHAN KAMI DAN TUHAN KAMU ADALAH SATU
....sambung.

Salaam,


Di zaman Nabi kita dulu kerana yg berkuasa adalah orang-orang kafir, orang-orang yg nak menegakkan islam ditindas sezalim-zalimnya. Perkataan "ALLAH" memang sudah ada diwaktu itu. Bayangkan sekiranya orang kafir Mekah tak mengizinkan orang-orang islam menggunakan nama "Allah" bagaimana jadinya? Tapi, alhamdulillah, mereka mengizinkan orang-orang islam menggunakan nama "Allah".

Sekarang ini di negara kita ini, kerana kita berkuasa, kita tak megizinkan pula orang-orang kafir menggunakan nama "Allah".

Nampaknya, perangai kita lebih buruk daripada perangai orang kafir Mekah dulu di dalam perkara nama ini.

KIta patut menggalakan orang-orang kafir menggunakan nama "Allah" sekiranya mereka dengan sukarela mahu. Keadaan ini akan menyebabkan mereka akan bertanya, "Siapa ini Allah? Orang islam percaya pada Allah; kita pun percaya pada Allah. Jadi Allah yg macam mana yg betul?" Mereka akan mengkaji semula, Allah itu bagaimana. Kerana kita dipihak yg betul, apa yg ditakutkan? Allah akan menunjukkan hamba-hamba-Nya yg ikhlas mencari-Nya ke jalan yg benar.

Allah menyuruh kita menjemput orang-orang ahli kitab bersama-sama menyembah Allah, hanya, jangan sekali-kali menyengutukan-Nya dengan sesuatu pun.

jantanlama
Posted on: 2009/6/5 19:31
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: TUHAN KAMI DAN TUHAN KAMU ADALAH SATU
....sambung.

Salaam,

Perhatikanlah Suran Al Imraan Ayat 64 yg bermaksud:

[64] Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".


Kita disuruh mengajak mereka bersama-sama hanya menyembah Allah (kalimah yg bersamaan antara kita) dan tidak menyengutukan sesuatu pun dengan Allah. Sekiranya mereka enggan, apa yg Allah suruh kita lakukan? Adakah Allah katakan jangan benarkan mereka menggunakan kalimah Allah? Tak ada pun!!! Allah suruh kita katakan bahawa kita adalah muslim ia itu orang yg menyerah diri semata-mata kepada Allah. Olih itu mereka pun, kerana sama-sama percayakan Allah, berserah dirilah kepada Allah (kalimah yg bersamaan diantara kami dan kamu). Sekiranya tuhan mereka lain, maka Allah takkan suruh kita berbuat demikian.

Jadi kalau kita pandai-pandai melarang mereka daripada menggunakan kalimah Allah, maka kita tak dapat melaksanakan arahan Allah di dalam ayat tersebut. Peduli apa kita kalau tuhan mereka bukanya Allah.

Surah Al Baqarah Ayat 139 pun suruh buat hal yg sama:

Katakanlah: "Kenapakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan Kami dan Tuhan Kamu? Bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati".



















jantanlama
Posted on: 2010/1/9 7:33
Ahli 4 Bintang
Joined: 2009/4/16
From:
Posts: 199
Re: TUHAN KAMI DAN TUHAN KAMU ADALAH SATU
....sambug.

Salam,

Berulang kembali peristiwa ini. Nampaknya kali ini adalah lebih melampau lagi. Apa tidaknya gereja pun di bom.

Apa dah jadi pada orang islam. Tidakkah mereka terfikir akan peristiwa Perjanjian Hudaibiyah di zaman nabi dahulu? Bukankah salah satu perjanjian adalah sekiranya berlaku orang Mekah menganut islam dan lari ke Madinah, dia akan dipulangkan ke Mekah kembali? Bukankah ini terbukti suatu perjanjian yg bijak dari segi islam?
,
Sekarang ini orang kafir, dengan suka rela, nak guna nama Allah kita tak bagi. Seolah-olah nama Allah itu monopoli kita. Bagilah, Allah tahulah macam mana nak buat nanti. Ada umat islam yg terlampau emosi dan tidak megguna akal yg waras.

Threaded | Newest First Previous Topic | Next Topic |

Register To Post