Portal Komuniti Pencala.com Forum Index Bincang Islam
TITI SIRATULMUSTAQIIM | Register To Post |
| Threaded | Newest First | Previous Topic | Next Topic | Bottom |
| Poster | Thread |
|---|---|
| jantanlama | Posted on: 2009/5/24 20:51 |
Ahli 4 Bintang ![]() ![]() Joined: 2009/4/16 From: Posts: 199 |
TITI SIRATULMUSTAQIIM
Salaam,
Titi (jambtan) Siratulmustaqiim adalah satu titi di akhirat yg teramat halus, seperti rambut dibelah tujuh, yg semua orang akan dipaksa menitinya untuk menyeberang ke Syurga. Sesiapa yg terjatuh, maka ia akan jatuh ke dalam neraka di bawahnya. Rambut sekiranya dibelah tujuh tidak akan kelihatan olih kita. Demikian adanya titi ini tidak akan nampak olih kita di mana pun ia berada. Bagaimana kalau dikatakan yg kita, sekarang ini, sedang meniti di atas titi ini? Kerana titi ini terlalu halus maka kita tidak nampak. Apa taknya, sesat kita di dunia ini, maka akan jatuhlah kita nanti dari titi tersebut dan ke nerakalah perginya kita. Olih itu periksalah diri kita sekarang kerana apabila sudah sampai di titi itu nanti segala-galanya sedah terlambat untuk dibetulkan. |
| jantanlama | Posted on: 2009/5/29 16:23 |
Ahli 4 Bintang ![]() ![]() Joined: 2009/4/16 From: Posts: 199 |
Re: TITI SIRATULMUSTAQIIM
....sambung.
Salaam, Kita percaya kalau nak lintas titi siraatulmustaqiim nanti kenalah korbankan lembu pada Hari Raya Korban. Lembu yg kita korbankan itulah yg akan kita naik untuk meniti titi itu nanti. Kalau kita sendiri pun tak nampak titi itu,macam mana lembu bolih nampak? Mana kita tahu lembu kita nampak titi itu? Kalau lembu kita jatuh ke neraka kerana dia tak nampak titi itu, mahukah kita ikut bersama? Kenapa nak serah nasib kita pada lembu? Ramai juga orang yg tak mampu mengorbankan seekor lembu. Jadi, bagaimana pula nasib mereka? Kita tak terfikir bahawa Nabi Ibrahim rela mengorbankan satu-satunya anak kesayangnya demi mengikut perintah Allah. Begitu sekali ketakwaan beliau kepada Allah. Jadi isunya adalah ketakwaan Nabi Ibrahim kepada Allah; beliau sanggup buat apa saja untuk patuh pada Tuhannya. Kita pula bagaimana? Ikutlah sedikit contoh Nabi Ibrahim; korbankanlah masa untuk memahami Al Quran supaya dapat kita patuh kepada Allah sebagaimana yg dikehendaki olih-Nya. Supaya Al Quran itu menjadi petunjuk jalan kepada kita di dalam kita sedang meniti titi siraatulmustaqiim sekarang ini. Nasib kita di dalam tangan kita. Jangan serah nasib pada lembu. |
| jantanlama | Posted on: 2009/5/30 7:19 |
Ahli 4 Bintang ![]() ![]() Joined: 2009/4/16 From: Posts: 199 |
Re: TITI SIRATULMUSTAQIIM
...sambung.
Salaam, Surah An Nahl Ayat 104 yg bermaksud: [104] Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, Allah tidak akan memberi hidayah/petunjuk kepada mereka, dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Kalau arahan ayat ini tidak dihiraukan maka tiadalah petunjuk bagi kita yg sedang meniti titi siratulmustaqiim sekarang ini. Jadilah orang yg berakal fikiran supaya tidak terjatuh dari titi tersebut. |
| jantanlama | Posted on: 2009/12/29 9:05 |
Ahli 4 Bintang ![]() ![]() Joined: 2009/4/16 From: Posts: 199 |
Re: TITI SIRATULMUSTAQIIM
....sambung.
Salam, Fikirkanlah ayat al Quran ini (Surah Mariam): [19:71] Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (neraka); (yang demikian) adalah satu perkara yang pasti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu [19:72] Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu. ***** KALAU SEMUA MANUSIA SUDAH DITETAPKAN OLIH ALLAH AKAN KE NERAKA DAHULU, APA PERLUNYA DIADAKAN TITI SIRATUL MUSTAQIM? CUMA ALLAH BERJANJI YG DIA AKAN SELAMATKAN ORANG-ORANG YG TAQWA.TAPI YG LAINNYA AKAN TERUS TINGGAL DI DALAM NERAKA. UNTUK DIRENUNGKAN. |
| Threaded | Newest First | Previous Topic | Next Topic | |
| Register To Post | |


