Assalamualaikum WBT. Selamat Datang ke Portal Komuniti Pencala.com :: Di Sini Kita Bertemu. Kedatangan Anda Dialu-alukan.

 
 

Login

Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
 
 

Menu

 
 

Who's Online

5 user(s) are online (2 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 5

more...
 
 

New Members

docrosma 2010/8/26
abukhalifakhyar 2010/8/25
mouri 2010/8/11
datinziela 2010/8/7
safar 2010/6/16
liza6260 2010/1/6
falcon9 2009/12/24
aby80 2009/12/10
zedoc83 2009/11/30
kankgel 2009/11/27
 
 

Waiting Contents

 
Portal Komuniti Pencala.com Forum Index
   Bincang Umum Pencala
     Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
Register To Post

Threaded | Newest First Previous Topic | Next Topic | Bottom
Poster Thread
Kang
Posted on: 2008/11/5 22:58
Webmaster
Joined: 2008/9/25
From: Sungai Pencala
Posts: 101
Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
(Scroll ke bawah untuk gambar)

Dulu, suatu masa dulu orang kata, di Sungai Pencala, kedai makan, sejengkal satu. Kini mungkin dalam sedepa satu

Kita mencari mesej di sebalik trend yang terjadi di Sungai Pencala. Mereka (bukan warga Sungai Pencala) membina restoran eksklusif dan food court eksklusif dengan 'target market'nya bukan orang Sungai Pencala. Jadi, tidak benar kalau tumbuhnya restoran eksklusif adalah kerana "orang Sungai Pencala kuat makan" kerana sasaran pelanggan bukan warga Sungai Pencala.

Cuma agak musykil, mengapa Sungai Pencala menjadi pilihan, sedangkan harga tanah atau sewa adalah sangat mahal? Dan yang lebih utama, mengapa warga Sungai Pencala yang mampu tidak membina seperti mereka? Supaya dapat menjana ekonomi Sungai Pencala dengan lebih cemerlang kerana ia diibaratkan eksport.

Mari bincangkan.


Dimulakan dengan Restoran Puteri yang terletak di sempadan Sungai Pencala dengan Taman Tun Dr Ismail. Khabarnya saban hari restoran ini sentiasa penuh


Diikuti oleh Bora Asmara. Apa makna Bora Asmara? Kerana tak tahu, agaknya ada yang menyangka "Borak Asmara," sembang-sembang pasal asmara...



Food Court bertentangan dengan Restoran Puteri. Berapa orang warga Sungai Pencala yang pernah makan minum di sini? Zero rasanya...


Dalam pembinaan. "Laman" nama tempatnya. Fungsinya 'function house'. Barangsiapa warga Pencala.com yang nak kahwin (atau kahwin satu lagi, bagi lelaki) boleh tempah di sini. Bagi yang cari makan dengan fotografi, boleh cari bisnes di sini


Sudah 80 peratus siap. Pemilik restoran ini namanya Encik Salleh. Orang Damansara Jaya. Tempatnya di hujung kampung, sempadan Bukit Lanjan atau memang Bukit Lanjan.


----------------
Ia belum berakhir selagi belum berakhir

ajam
Posted on: 2008/11/6 9:40
Ahli 3 Bintang
Joined: 2008/10/8
From: Sg.Pencala, Sg.Buloh & Sg.Pelek
Posts: 96
Re: Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
Mungkin faktor geografi yang membuatkan "restoran mahal" tumbuh bagaikan cendawan.

Targetnya bukan untuk orang kita tapi untuk golongan2 elit yang berjiranan dengan Sg. Pencala.

Sebenarnya orang Sg. Pencala tak kuat makan.

Gambar2 kat atas tu dah kira termasuk tempat2 yang menarik di Sg. Pencala.
ciwan
Posted on: 2008/11/6 16:23
Ahli 2 Bintang
Joined: 2008/10/17
From: tepi pechala link!!
Posts: 63
Re: Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
Kebanyakan org luar sahaja yg menyewa kawasan kampung kita utk dijadikan tempat makan!! utk pengatahuan forum restoren rasta telah membelanje belasan ribuan ringgit bulanan semata2 menyewa tanah daripada nenek sy utk menjalankan perniagaan mereka!!tu membukti kan mereka yakin bahawa perniagaan mereka bagus bila bertapak di sungai penchala..

sekarang belia2 di luar sana mengenali sungai pencahla dgn nama RASTA..
ajam
Posted on: 2008/11/10 9:35
Ahli 3 Bintang
Joined: 2008/10/8
From: Sg.Pencala, Sg.Buloh & Sg.Pelek
Posts: 96
Re: Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
Ooo.ni rupanya tuan tanah tapak Rasta tu yer...beruntung betul kalau ada tanah kat Sg. Penchala. 1 ekar jer dengarnya harga sampai juta-juta!
Kang
Posted on: 2008/11/10 10:55
Webmaster
Joined: 2008/9/25
From: Sungai Pencala
Posts: 101
Re: Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
Itulah Ajam yang selalu Kang menyesali keadaan, "Mengapa bapak aku dulu tak meneroka di Pencala?..."


----------------
Ia belum berakhir selagi belum berakhir

aby80
Posted on: 2009/12/10 1:50
Ahli Baru
Joined: 2009/12/10
From:
Posts: 3
Re: Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
siapa ada maklumat tentang laman function house ni tlg bgtau aku... aku cari dalam internet tak ada langsung maklumat tentang tempat ni... pls...
ajam
Posted on: 2009/12/10 16:48
Ahli 3 Bintang
Joined: 2008/10/8
From: Sg.Pencala, Sg.Buloh & Sg.Pelek
Posts: 96
Re: Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
Tak tau plak info pasal tempat tu
Kat internet mmg takde info pasal Laman. Website pun takde
Kalau dah duk Sg.Pencala redah je le gi tanya sendiri kat tempat tu
aby80
Posted on: 2009/12/11 13:54
Ahli Baru
Joined: 2009/12/10
From:
Posts: 3
Re: Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
kalau aku ada di pencala skrg ni memang dah redah dah... masalahnya aku di tpt lain... tu yg kena minta pertolongan dpd member2 dlm portal ni kalau2 ada sesapa yg tau...
Kang
Posted on: 2009/12/15 21:48
Webmaster
Joined: 2008/9/25
From: Sungai Pencala
Posts: 101
Re: Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
Saya rasa lupakan saja pasal Laman Function House itu sebab tak serupa dengan namanya. Tak berfungsi.

Suatu masa dulu ada orang emel bertanya tentang Laman. Konon nak bantu Laman. Dengan bersemangat terus ke sana, berulang-ulang kali sebab tak bertemu dengan yang empunya tempat itu.

Akhirnya sesudah kesekian kali, ada seorang perempuan yang mendakwa sebagai yang berkuasa di situ. Mukanya tak ada langsung keceriaan. Tidak ada sambutan dan seolah-olah tidak suka saya datang untuk menyampaikan pesanan dan permintaan orang.

Seolah-olah tidak suka orang lain memperkenalkan tempat tersebut. Seolah-olah tak perlu siapa pun membantu.

Dengan cakap bercampur-campur Melayu dan English dan memandang saya ini seperti pekerja kontrek yang mengganggu, saya mendapat tahu:

1. Laman hanya akan disewakan jikalau kita mengambil pakej perkahwinan mereka. Tempat yang dinamakan Laman itu hanya pelengkap sewaan pakej mereka. Sebab itulah amat jarang ada function di Laman -- macam tak berfungsi (malfunction opposite meaning for function).

2. Tidak boleh menyewa tanpa pakej. Pelik gak kan?

Bagi mereka yang mencari tempat untuk funtion, adalah disyorkan:

1. Restoran Puteri yang sudah berpuluh kali mengadakan function termasuk perkahwinan artis popular dan perasan popular.

2. Bora Asmara. Selalu ada aje function di sini

3. Subak (yang di hujung kampung, menghala ke Damansara Country Height) Baru tahu di sebelah Subak ada Eagle's Nest. Tak tahu tempat apa ini.

4. Rumah PakLah (Taklah... main-main aje)


----------------
Ia belum berakhir selagi belum berakhir

aby80
Posted on: 2009/12/19 13:38
Ahli Baru
Joined: 2009/12/10
From:
Posts: 3
Re: Adakah orang Sungai Pencala kuat makan?
eagles nest tu tpt terapi minda en kang... bleh jg kalau nak wat seminar di situ... anyway thanx 4 the info...
Threaded | Newest First Previous Topic | Next Topic |

Register To Post